Bebenang Terjemahan Forum | ببنڠ ترجمهن فوروم

Malay
Post Reply
muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Bebenang Terjemahan Forum | ببنڠ ترجمهن فوروم

by muhdnurhidayat » Post

English

NOTICE: Due to forum's lack of support for right-to-left text, some workaround was used to make the text of Malay in Arabic script readable enough but there is no way to align it correctly to the right side.

This is a thread of Malay translations for important forum posts.
  1. Forum rules and conditions:
    Original topicMalay translation
  2. Note about spam: don't reply, report it:
    Original topicMalay translation
  3. [Debian / Ubuntu] 1-line script: install Minetest Git:
    Original topicMalay translation
  4. Naming conventions – read this if “mod doesn't work”:
    Original topicMalay translation
  5. Help us review and merge PRs:
    Original topicMalay translation


Do not request Malay translations of other forum posts or mods at here, instead request them from this thread.


Bahasa Melayu Rumi

NOTIS: Disebabkan kekurangan sokongan tulisan kanan-ke-kiri di forum, beberapa penyelesaian digunakan untuk membolehkan tulisan Melayu Jawi dipaparkan dengan cara yang boleh dibaca tetapi tidak ada cara untuk menjajarkannya ke sebelah kanan.

Ini adalah bebenang terjemahan bahasa Melayu untuk pos penting dalam forum ini.
  1. Peraturan & syarat-syarat forum:
    Topik asalTerjemahan Melayu
  2. Nota tentang spam: jangan balas, laporkannya:
    Topik asalTerjemahan Melayu
  3. [Debian / Ubuntu] Skrip 1-baris: pasang Minetest melalui Git:
    Topik asalTerjemahan Melayu
  4. Resam penamaan – baca ni kalau “mods tak berfungsi”:
    Topik asalTerjemahan Melayu
  5. Bantu kami mengkaji semula dan mencantum PR:
    Topik asalTerjemahan Melayu


Jangan minta terjemahan Melayu untuk pos-pos forum yang lain atau untuk mods-mods di sini, sebaliknya minta melalui bebenang ini.


بهاس ملايو جاوي

‮نوتيس: دسببکن ککورڠن سوکوڠن توليسن کانن-ک-کيري دفوروم⹁ ببراڤ ڤڽلساين دݢوناکن اونتوق ممبوليهکن توليسن ملايو جاوي دڤاڤرکن دڠن چارا يڠ بوليه دباچ تتاڤي تيدق اد چارا اونتوق منجاجرکنڽ کسبله کانن.

‮اين اداله ببنڠ ترجمهن بهاس ملايو اونتوق ڤوس ڤنتيڠ دالم فوروم اين.
  1. ‮ ڤراتورن & شارت٢ فوروم:
    توڤيک اصلترجمهن ملايو
  2. ‮ نوت تنتڠ سڤيم: جاڠن بالس⹁ لاڤررکنڽ:
    توڤيک اصلترجمهن ملايو
  3. ‮[naibeD / utnubU] ‮سکريڤ 1-باريس: ڤاسڠ tseteniM ملالوءي tiG:
    توڤيک اصلترجمهن ملايو
  4. ‮‮رسم ڤناماءن – باچ ني کالو ”مودس تق برفوڠسي“
    توڤيک اصلترجمهن ملايو
  5. ‮‮بنتو کامي مڠکاجي سمولا دان منچنتوم RP:
    توڤيک اصلتعجمهن ملايو


‮جاڠن مينت ترجمهن ملايو اونتوق ڤوس٢ فوروم يڠ لاءين اتاو اونتوق مودس٢ دسيني⹁ سباليقڽ مينت ملالوي ببنڠ اين.
Last edited by muhdnurhidayat on Wed May 20, 2020 12:41, edited 10 times in total.
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Peraturan & syarat-syarat forum | ‮ڤراتورن دان شارت٢ فوروم

by muhdnurhidayat » Post

This is the Malay translation in both Latin script (Rumi) and Arabic script (Jawi) for the original topic here.


Bahasa Melayu Rumi

Ini adalah terjemahan bahasa Melayu bagi topik asal di sini.

Peraturan dan syarat-syarat forum
  • Dengan mendaftar dalam forum ini, anda bersetuju untuk membuat tindakan yang sewajarnya (seperti dalam mana-mana forum lain; cth. jangan mengepos kandungan yang melanggar undang-undang (mengikut undang-undang Finland) atau pornografi, jangan mengulang pos yang sama (flooding), jangan menulis pos yang tiada sebarang fungsi kepada topik berkaitan (spamming), jangan sebarkan sebarang virus dan lain-lain yang serupa) dan mengetahui dengan jelas bahawa moderator boleh menyekat profil anda atas perlanggaran peraturan atau atas sebab-sebab lain yang munasabah.
  • Anda akan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang pos yang anda tulis, dan pengguna lain bertanggungjawab terhadap pos yang mereka tulis, bukannya di bawah tanggungjawab penyelia forum ini.
  • Penukaran hos: Anda juga bersetuju bahawa forum ini boleh dipindahkan kepada hos yang berbeza dan negara yang berbeza (mungkin diperlukan sekiranya jumlah trafik menjadi terlampau tinggi), termasuklah data akaun pengguna.
  • Bahasa dalam forum ini ialah bahasa Inggeris, kecuali dalam bahagian bahasa-bahasa lain (other languages) seperti forum bahasa Melayu yang anda berada sekarang.
  • Keluar topik: Walaupun bahagian keluar topik (Offtopic) tidak perlu mempunyai kaitan dengan Minetest, ia masih perlu dikekalkan dengan piawaian bersih yang sesuai dengan bahagian-bahagian lain dalam forum ini. Ini bermakna sebarang pengeposan sampah (dalam "Offtopic", atau mana-mana saja dalam forum ini) akan dibuang tanpa amaran, dan penulisnya disekat daripada menggunakan forum ini.
  • Jangan padam kandungan: Berkaitan pos pertama yang memberi keterangan untuk penerbitan pek tekstur, mods, subpermainan, atau sebarang sumber tambahan lain, sekiranya tiba suatu hari di mana pengguna tersebut ingin berhenti menyokong perisiannya, pengguna tersebut boleh berhenti, tetapi pengguna tersebut tidak boleh memadam maklumat pos tersebut kerana ia membuatkan pengguna lain tidak dapat mencari pengganti, dan memberi lebih banyak kerja kepada moderator Forum. Perbuatan memadam maklumat tersebut boleh membuatkan pengguna tersebut disekat daripada menggunakan Forum ini.
  • Penggodaman/Penipuan: Tidak dibenarkan mengiklankan, mempautkan, atau dengan cara lain mengarahkan pengguna forum kepada sebarang alatan "godaman" atau "penipuan", tanpa mengira tujuan asal mereka. Ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada skrip, bot, klien Minetest diubahsuai, mods CSM, aturcara pihak ketiga, dll. Perbuatan tersebut akan mengakibatkan sekatan tetap, secara serta merta, dan akan memadamkan kesemua pos pengguna tersebut.
  • Jangan buat serangan peribadi: Ahli-ahli forum ini tidak patut dihina atau diserang dalam cara lain hanya kerana siapa atau apa mereka buat. Jika anda ingin mengkritik seseorang atas tindakan mereka, ia mestilah berhujah. Sila ingat ini forum permainan. Anda mestilah sopan apabila boleh dan tinggalkan pandangan politik atau yang tidak berkaitan yang lain di tempat lain jika ianya boleh dibuktikan mengganggu.
  • Keputusan moderator adalah muktamad: Ahli-ahli forum sepatutnya menerima permintaan moderator. Keputusan moderator adalah muktamad sekiranya berlaku ketidaksetujuan. Anda boleh disekat sekiranya mengingkari arahan yang diberikan oleh moderator kepada anda.
  • Lesen yang dibenarkan: Kegunaan lesen yang tidak membenarkan terbitan olahan (derivatif) atau terbitan semula tidak boleh digunakan untuk mods, permainan, dan pek tekstur. Ini termasuklah CC-ND (No-Derivatives) dan kebanyakan lesen tidak-bebas lain. Kegunaan lesen-lesen yang mendiskriminasi kumpulan manusia atau mengharamkan kegunaan kandungan atas pelayan atau permainan tunggal juga tidak dibenarkan. Ini juga terpakai di mana saja kandungan tersebut boleh dijumpai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang forum atau tanda tangan.
  • Syarat-syarat ini boleh berubah pada masa depan tanpa sebarang notis.
Kandungan di atas ialah terjemahan bahasa Melayu, kandungan asal dalam bahasa Inggeris yang terdapat di sini telah ditandatangani oleh beberapa orang pentadbir/moderator, dan perlu dianggap sebagai peraturan rasmi untuk forum ini.

Pos Asal:
+ Spoiler


Penambahan 1: Perlakuan
Ditambah oleh celeron55 (pentadbir) pada 20 September 2017 jam 5:38 pagi:

Telah wujudnya beberapa perlakuan di forum yang memerlukan penambahan beberapa isi mengenai tingkah laku am. Dua isi baharu telah ditambah: "Jangan buat serangan peribadi" dan "Keputusan moderator adalah muktamad".



Penambahan 2: Perlesenan
Ditambah oleh rubenwardy (moderator) pada 15 Ogos 2018 jam 9:28 malam:

Senarai lesen dibenarkan telah ditambah.



بهاس ملايو جاوي

اين اداله ترجمهن بهاس ملايو باݢي توڤيک اصل دسيني.

ڤراتورن دان شارت٢ فوروم

  • ‮دڠن مندافتر دالم فوروم اين⹁ اندا برستوجو اونتوق ممبوات تيندقن يڠ سواجرڽ (سڤرتي دالم مان٢ فوروم لاءين⁏ چونتوه جاڠن مڠڤوس کندوڠن يڠ ملڠݢر اونداڠ٢ (مڠيکوت اونداڠ٢ فينلند) اتاو ڤورنوݢرافي⹁ جاڠن مڠولڠ ڤوس يڠ سام ‮(‮gnidoolf‮)‮‮⹁ جاڠن منوليس ڤوس يڠ تيادا سبارڠ فوڠسي کڤد توڤيک برکاءيتن ‮(‮gnimmaps‮)‮⹁‮ جاڠن سيبرکن سبارڠ ۏيروس دان لاءين٢ يڠ سروڤ) دان مڠتاهوي دڠن جلس بهاوا مودريتر بوليه مڽکت ڤروفيل اندا اتس ڤرلڠݢرن ڤراتورن اتاو اتس سبب٢ لاءين يڠ موناسابه.

  • ‮اندا اکن دڤرتڠݢوڠجاواب سڤنوهڽ کأتس سبارڠ ڤوس يڠ اندا توليس⹁ دان ڤڠݢونا لاءين برتڠݢوڠجاواب ترهادڤ ڤوس يڠ مريک توليس⹁ بوکنڽ دباواه تڠݢوڠجاواب ڤڽليا فوروم اين.
  • ڤنوکرن هوس: اندا کوݢ برستوجو بهاوا فوروم اين بوليه دڤيندهکن کڤد هوس يڠ برلاءينن دان نݢارا يڠ برلاءينن (موڠکين دڤرلوکن سکيراڽ جومله ترافيک منجادي ترلمڤاو تيڠݢي)⹁ ترماسوقله دات اکاون ڤڠݢونا.

  • ‮بهاس دالم فوروم اين اياله بهاس ايڠݢريز⹁ کچوالي دالم بهاݢيب بهاس٢ لاءين (segaugnal rehto) سڤرتي فوروم بهاس ملايو يڠ اندا براد سکارڠ.

  • کلوار توڤيک: والوڤون بهاݢين کلوار توڤيک (cipotffO) تيدق ڤرلو ممڤوڽاءي کاءيتن دڠن tseteniM⹁ اي ماسيه ڤرلو دککلکن دڠن ڤياواين برسيه يڠ سسواي دڠن بهاݢين٢ لاءين دالم فوروم اين. اين برمعنا سبارڠ ڤڠڤوسن سمڤه (دالم "cipotffO"⹁ اتاو مان٢ ساجا دالم فوروم اين) اکن دبواڠ تنڤ امارن⹁ دان ڤنوليسڽ دسکت درڤد مڠݢوناکن فوروم اين.

  • جاڠن ڤادم کندوڠن: برکاءيتن ڤوس ڤرتام يڠ ممبري کترڠن اونتوق ڤنربيتن ڤيک تيکستور⹁ مودس⹁ سوبڤرماءينن⹁ اتاو سبارڠ سومبر تمبهن لاءين⹁ سکيراڽ تيب سواتو هاري دمان ڤڠݢونا ترسبوت ايڠين برهنتي مڽوکوڠ ڤريسينڽ⹁ ڤڠݢون ترسبوت بوليه برهنتي⹁ تتاڤي ڤڠݢونا ترسبوت تيدق بوليه ممادم معلومت ڤوس ترسبوت کران اي ممبواتکن ڤڠݢونا لاءين تيدق داڤت منچاري ڤڠݢنتي⹁ دان ممبري لبيه باڽق کرجا کڤد مودريتر فوروم. ڤربواتن ممادم معلومت ترسبوت بوليه ممبواتکن ڤڠݢونا ترسبوت دسکت درڤد مڠݢوناکن فوروم اين.

  • ڤڠݢودمن/ڤنيڤوان: تيدق دبنرکن مڠأيکلنکن⹁ ممڤاوتکن⹁ اتاو دڠن چارا لاءين مڠارهکن ڤڠݢونا فوروم کڤد سبارڠ التن "ݢودامن" اتاو "ڤنيڤوان"⹁ تنڤ مڠيرا توجوان اصل مريک. اين ترماسوقله تتاڤي تيدق ترهد کڤد سکريڤ⹁ بوت⹁ کلين tseteniM داوبهسواي⹁ مودس MSC⹁ اتورچارا ڤيهق کتيݢ دان لاءين٢. ڤربواتن ترسبوت اکن مڠاکيبتکن سکتن تتڤ⹁ سچارا سرت متت⹁ دان اکن ممادمکن کسموا ڤوس ڤڠݢونا ترسبوت.

  • جاڠن بوات سرڠن ڤريبادي: اهلي٢ فوروم اين تيدق ڤاتوت دهينا اتاو دسرڠ دالم چارا لاءين هاڽ کران سياڤ اتاو اڤ مريک بوات. جيک اندا ايڠين مڠکريتيک سسأورڠ اتس تيندقن مريک⹁ اي مستيله برهوجه. سيلا ايڠت اين فوروم ڤرماءينن. اندا مستيله سوڤن اڤابيلا بوليه دان تيڠݢلکن ڤندڠن ڤوليتيک اتاو يڠ تيدق برکاءيتن يڠ لاءين دتمڤت لاءين جيک اياڽ بوليه دبوکتيکن مڠݢڠݢو.

  • کڤوتوسن مودريتر اداله موعتامد: اهلي٢ فوروم سڤاتوتڽ منريما ڤرمينتاءن مودريتر. کڤوتوسن مودريتر اداله موعتامد سکيراڽ برلاکو کتيدقستوجوان. اندا بوليه دسکت سکيراڽ مڠيڠکري اراهن يڠ دبريکن اوليه مودريتر کڤد اندا.

  • ليسين يڠ دبنرکن: کݢوناءن ليسين يڠ تيدق ممبنرکن تربيتن اولهن (ديريۏاتيف) اتاو تربيتن سمولا تيدق بوليه دݢوناکن اونتوق مودس⹁ ڤرماءينن⹁ دان ڤيک تيکستور. اين ترماسوقله DN-CC (sevitavireD-oN) دان کباڽقک ليسين٢ تيدق-بيبس لاءين. کݢوناءن ليسين٢ يڠ منديسکريميناسي کومڤولن مانوسيا اتاو مڠهارمکن کݢوناءن کندوڠن اتس ڤلاين اتاو ڤرماءينن توڠݢل جوݢ تيدق دبنرکن. اين جوݢ ترڤاکاي دمان ساج کندوڠن ترسبوت بوليه دجومڤاءي⹁ ترماسوق تتاڤي تيدق ترهد کڤد سبارڠ فوروم اتاو تندا تاڠن.

  • ‮شارت٢ اين بوليه بروبه ڤد ماس دڤن تنڤ سبارڠ نوتيس.
کندوڠن داتس اياله ترجمهن بهاس ملايو⹁ کندوڠن اصل دالم بهاس ايڠݢريس يڠ ترداڤت دسيني تله دتنداتاڠني اوليه ببراڤ اورڠ ڤنتدبير/مودريتر⹁ دان ڤرلو داڠݢڤ سباݢاي ڤراتورن رسمي اونتوق فوروم اين.

‮ڤوس اصل:
+ Spoiler


‮ڤنمبهن 1: ڤرلاکوان
دتمبه اوليه ‮55norelec (ڤنتدبير) ڤد 02 سيڤتيمبر 7102 جم 83:5 ڤاݢي:

‮تله ووجودڽ ببراڤ ڤرلاکوان دفوروم يڠ ممرلوکن ڤنمبهن ببراڤ ايس مڠناءي تيڠکه لاکو عم. دوا ايس بهارو تله دتمبه: "جاڠن بوات سراڠن ڤريبادي" دان "کڤوتوسن مودريتر اداله معتامد".



‮ڤنمبهن 2: ڤرليسينن
‮دتمبه اوليه ydrawnebur (مودريتر) ڤد 51 اوݢوس 8102 جم 82:9 مالم:

‮سناراي ليسين دبنرکن تله دتمبه
Last edited by muhdnurhidayat on Mon May 18, 2020 15:15, edited 5 times in total.
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Nota tentang spam: jangan balas, laporkannya | نوت تنتڠ سڤيم: جاڠن بالس⹁ لاڤررکنڽ

by muhdnurhidayat » Post

This is the Malay translation in both Latin script (Rumi) and Arabic script (Jawi) for the original topic here.


Bahasa Melayu Rumi

Ini adalah terjemahan bahasa Melayu bagi topik asal di sini.

Istilah "spam" atau "spamming" digunakan untuk perbuatan menulis pos yang tiada sebarang fungsi kepada topik berkaitan dan kadang-kala turut merangkumi mengulang semula pos yang sama walaupun perbuatan tersebut mempunyai istilahnya sendiri iaitu "flooding". Anda perlu mengelak daripada menulis spam, namun anda tidak patut membalas kepada spam yang ditulis oleh pengguna lain.

Berikut ialah petikan tentang spam daripada pos asal bahasa Inggeris:
celeron55 wrote:Please don't answer to spam, but rather just report it. An admin can easily remove a spamming user and all his posts, but he cannot automatically remove replies to said posts and your replies to removed posts will look silly.
Petikan dalam bahasa Inggeris tersebut diambil daripada sini dan berikut ialah terjemahan bahasa Melayu:
Malay translation in Latin script of the quote earlier wrote:Tolong jangan menjawab pos spam, sebaliknya laporkan pos tersebut. Seorang pentadbir forum boleh membuang pengguna spam dan kesemua pos yang dia tulis dengan mudah secara automatiknya, tetapi dia tidak boleh membuang sebarang pos yang membalas pos spam tersebut dan ini menyebabkan pos yang anda balas kepada pos yang telah dipadam kelihatan bodoh.
Berikut adalah kedudukan butang lapor di sebelah butang petik.
Image
Gunakan butang lapor untuk melaporkan pos spam kepada pihak moderator atau pentadbir.


‮‏بهاس ملايو جاوي‎

اين اداله ترجمهن بهاس ملايو باݢي توڤيک اصل دسيني.

‮ايستيله "maps" (سڤيم) اتاو "gnimmaps" (سڤيمميڠ) دݢوناکن اونتوق ڤربواتن منوليس ڤوس يڠ تيادا سبارڠ فوڠسي کڤد توڤيک برکاءيتن دان کادڠ-کال توروت مرڠکومي مڠولڠ سمولا ڤوس يڠ سام والوڤون ڤربواين ترسبوت ممڤوڽاءي ايستيلهڽ سنديري ايايتو "gnidoolf" (فلوديڠ). اندا ڤرلو مڠيلق درڤد منوليس سڤيم⹁ نامون اندا تيدق ڤاتوت ممبالس کڤد سڤيم يڠ دتوليس اوليه ڤڠݢونا لاءين.

‮برايکيت ايله ڤتيقن تنتڠ سڤيم درڤد ڤوس اصل بهاس ايڠݢريس:
celeron55 wrote:Please don't answer to spam, but rather just report it. An admin can easily remove a spamming user and all his posts, but he cannot automatically remove replies to said posts and your replies to removed posts will look silly.
‮ڤتيقن دالم بهاس ايڠݢريس ترسبوت دامبيل درڤد سيني دان برايکوت ايله ترجمهن بهاس ملايو:
Malay translation in Arabic script of the quote earlier wrote:‮تولوڠ جاڠن منجاواب ڤوس سڤيم⹁ سباليقڽ لاڤورکن ڤوس ترسبوت. ساورڠ ڤنتدبير فوروم بوليه ممبواڠ ڤڠݢونا سڤيم دان کسموا ڤوس يڠ دي توليس دڠن موده سچارا أوتوماتيکڽ⹁ تتاڤي دي تيدق بوليه ممبواڠ سبارڠ ڤوس يڠ ممبالس ڤوس سڤيم ترسبوت دان اين مڽببکن ڤوس يڠ اندا بالس کڤد ڤوس يڠ تله دڤادم کليهتن بودوه.
‮برايکوت اداله کدودوقن بوتڠ لاڤور دسبله بوتڠ ڤتيق.
Image
‮ݢوناکن بوتڠ لاڤور اونتوق ملاڤورکن ڤوس سڤيم کڤد ڤيهق مودريتر اتاو ڤنتدبير.
Attachments
1589610260133.png
‮کدودوقن بوتڠ ڤتيق دان لاڤور
(62.76 KiB) Not downloaded yet
1589610144699.png
Kedudukan butang petik dan lapor
(60.91 KiB) Not downloaded yet
Last edited by muhdnurhidayat on Mon May 18, 2020 15:25, edited 3 times in total.
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

[Debian / Ubuntu] Skrip 1-baris: pasang Minetest melalui Git | ‮سکريڤ 1-باريس: ڤاسڠ tseteniM ملالوءي tiG

by muhdnurhidayat » Post

This is the Malay translation in both Latin script (Rumi) and Arabic script (Jawi) for the original topic here.


Bahasa Melayu Rumi

Ini adalah terjemahan bahasa Melayu bagi topik asal di sini.

Ini adalah skrip 1-baris yang akan memuat turun dan mengompil Minetest beserta Minetest Game.

Tampalkan kod ini di dalam terminal, masukkan kata laluan apabila diperlukan – menganggap anda gunakan sudo untuk menggunakan perintah pentadbir (iaitu situasi lalai dalam Ubuntu/Mint), kata laluan hanya diperlukan sekali sahaja:

Jika anda tidak tahu yang mana anda perlu guna, gunakan versi mudah alih: versi mudah alih dicipta untuk diletakkan dalam pemacu USB atau yang serupa agar boleh bermain dekat beberapa PC dengan hanya satu pemasangan.

NOTA: Skrip ini mungkin tidak berkesan secara terus dekat Ubuntu 16.10 dan 17.04. Anda mungkin perlu menggantikan libpng dan libjpeg dengan versi yang lebih baru, yang mempunyai nama pakej berbeza. Pertimbangkan Minetest AppImage (bahasa Inggeris) sebagai cara lebih ringkas untuk menjalankan versi Minetest terbaru, yang tidak perlukan sebarang hak akar.

Untuk pemasangan tidak mudah alih (meletakkan data pengguna dalam ~/.minetest):

Code: Select all

sudo apt-get install -y git build-essential libirrlicht-dev libgettextpo0 libfreetype6-dev cmake libbz2-dev libpng12-dev libjpeg8-dev libxxf86vm-dev libgl1-mesa-dev libsqlite3-dev libogg-dev libvorbis-dev libopenal-dev libcurl4-openssl-dev libluajit-5.1-dev liblua5.1-0-dev libleveldb-dev; cd; git clone https://github.com/minetest/minetest.git; cd minetest/games; git clone https://github.com/minetest/minetest_game.git; cd ..; cmake . -DENABLE_GETTEXT=1 -DENABLE_FREETYPE=1 -DENABLE_LEVELDB=1; make -j$(nproc); sudo make install; minetest; echo -e "\n\n\e[1;33mAnda boleh jalankan Minetest lagi dengan menaip \"minetest\" dalam terminal atau memilihnya dalam menu aplikasi.\nAnda juga boleh memasang mods dalam direktori ~/.minetest/mods.\e[0m"
Untuk pemasangan mudah alih (meletakkan data pengguna dalam direktori data atur cara):

Code: Select all

sudo apt-get install -y git build-essential libirrlicht-dev libgettextpo0 libfreetype6-dev cmake libbz2-dev libpng12-dev libjpeg8-dev libxxf86vm-dev libgl1-mesa-dev libsqlite3-dev libogg-dev libvorbis-dev libopenal-dev libcurl4-openssl-dev libluajit-5.1-dev liblua5.1-0-dev libleveldb-dev; cd; git clone https://github.com/minetest/minetest.git; cd minetest/games; git clone https://github.com/minetest/minetest_game.git; cd ..; cmake . -DRUN_IN_PLACE=1 -DENABLE_GETTEXT=1 -DENABLE_FREETYPE=1 -DENABLE_LEVELDB=1; make -j$(nproc); cd ../bin; ./minetest; echo -e "\n\n\e[1;33mAnda boleh jalankan Minetest lagi dengan mengklik \"minetest\" dua kali di dalam folder \"bin\" dalam folder \"minetest\" dekat folder rerumah anda.\nAnda juga boleh memasang mods dalam direktori ~/minetest/mods.\e[0m"
Anda boleh mengemaskini pemasangan Minetest sedia ada (tak kira mudah alih ataupun tidak) dengan menaip kod berikut selepas membuka terminal, asalkan anda tidak memindahkan direktori sebelum ini:

Code: Select all

cd minetest; git pull; make -j$(nproc)
Kod tersebut akan menjalankan Minetest secara automatik apabila selesai dan memberitahu anda bahawa penduaan Minetest boleh dijumpai dalam ~/minetest/bin.


‮‏بهاس ملايو جاوي‎

اين اداله ترجمهن بهاس ملايو باݢي توڤيک اصل دسيني.

اين اداله سکريڤ 1-باريس يڠ اکن مموات تورون دان مڠومڤيل tseteniM (ماءينتيست) بسرت emaG tseteniM (ماءينتيست ݢيم)

‮تمڤلکن کود اين ددالم ترمينل⹁ ماسوقکن کات لالوان اڤابيلا دڤرلوکن – مڠاڠݢڤ اندا ݢوناکن‮ odus اونتوق مڠݢوناکن ڤرينته ڤنتدبير (ايايتو سيتواسي لالاي دالم utnubU\tniM)⹁ کات لالوان هاڽ دڤرلوکن سکالي سهاج:

جيک اندا تيدق تاهو يڠ مان اندا ڤولو ݢونا⹁ ݢوناکن ۏرسي موده اليه: ۏرسي موده اليه دچيڤتا اونتوق دلتقکن دالم ڤماچو BSU اتاو يڠ سروڤ اݢر بوليه برماءين دکت ببراڤ CP دڠن هاڽ ساتو ڤماسڠن.

نوتا: سکريڤ اين موڠکين تيدق برکسن سچارا تروس دکت 01.61 utnubU دان 40.71. اندا موڠکين ڤرلو مڠݢنتيکن gnpbil دان gepjbil دڠن ۏرسي يڠ لبيه بارو⹁ يڠ ممڤوڽاءي نام ڤاکيج بربيذا. ڤرتيمبڠکن Minetest AppImage (ماءينتيست اڤ ايميج⹁ بهاس ايڠݢريس) سباݢاي چارا لبيه ريڠکس اونتوق منجالنکن ۏرسي tseteniM تربارو⹁ يڠ تيدق ڤرلوکن سبارڠ هق اکر.

اونتوق ڤماسڠن تيدق موده اليه (ملتقکن داتا ڤڠݢونا دالم tsetenim./~):

Code: Select all

sudo apt-get install -y git build-essential libirrlicht-dev libgettextpo0 libfreetype6-dev cmake libbz2-dev libpng12-dev libjpeg8-dev libxxf86vm-dev libgl1-mesa-dev libsqlite3-dev libogg-dev libvorbis-dev libopenal-dev libcurl4-openssl-dev libluajit-5.1-dev liblua5.1-0-dev libleveldb-dev; cd; git clone https://github.com/minetest/minetest.git; cd minetest/games; git clone https://github.com/minetest/minetest_game.git; cd ..; cmake . -DENABLE_GETTEXT=1 -DENABLE_FREETYPE=1 -DENABLE_LEVELDB=1; make -j$(nproc); sudo make install; minetest; echo -e "\n\n\e[1;33mAnda boleh jalankan Minetest lagi dengan menaip \"minetest\" dalam terminal atau memilihnya dalam menu aplikasi.\nAnda juga boleh memasang mods dalam direktori ~/.minetest/mods.\e[0m"
اونتوق ڤماسڠن موده اليه (ملتقکن داتا ڤڠݢونا دالم ديريکتوري داتا اتور چارا):

Code: Select all

sudo apt-get install -y git build-essential libirrlicht-dev libgettextpo0 libfreetype6-dev cmake libbz2-dev libpng12-dev libjpeg8-dev libxxf86vm-dev libgl1-mesa-dev libsqlite3-dev libogg-dev libvorbis-dev libopenal-dev libcurl4-openssl-dev libluajit-5.1-dev liblua5.1-0-dev libleveldb-dev; cd; git clone https://github.com/minetest/minetest.git; cd minetest/games; git clone https://github.com/minetest/minetest_game.git; cd ..; cmake . -DRUN_IN_PLACE=1 -DENABLE_GETTEXT=1 -DENABLE_FREETYPE=1 -DENABLE_LEVELDB=1; make -j$(nproc); cd ../bin; ./minetest; echo -e "\n\n\e[1;33mAnda boleh jalankan Minetest lagi dengan mengklik \"minetest\" dua kali di dalam folder \"bin\" dalam folder \"minetest\" dekat folder rerumah anda.\nAnda juga boleh memasang mods dalam direktori ~/minetest/mods.\e[0m"
اندا بوليه مڠمسکيني ڤماسڠن tseteniM سدي اد (تق کيرا موده اليه اتاوڤون تيدق) دڠن مناءيڤ کود بريکوت سلڤس ممبوک ترمينل⹁ اصلکن اندا تيدق مميندهکن ديريکتوري سبلوم اين:

Code: Select all

cd minetest; git pull; make -j$(nproc)
‮کود ترسبوت اکن منجالنکن tseteniM سچارا أوتوماتيک اڤابيلا سلساي دان ممبريتاهو اندا بهاوا ڤندواءن tseteniM بوليه دجومڤاءي دالم nib/tsetenim/~.
Last edited by muhdnurhidayat on Wed May 20, 2020 08:37, edited 1 time in total.
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Resam penamaan – baca ni kalau “mods tak berfungsi” | ‮رسم ڤناماءن – باچ ني کالو ”مودس تق برفوڠسي“

by muhdnurhidayat » Post

This is the Malay translation in both Latin script (Rumi) and Arabic script (Jawi) for the original topic here.


Bahasa Melayu Rumi

Ini adalah terjemahan bahasa Melayu bagi topik asal di sini.

Nore (penulis pos ini) telah melihat banyak "laporan pepijat" berkaitan mods yang tidak berfungsi akibat ketidakpatuhan resam penamaan, jadi dia akan menjelaskannya secara ringkas di sini:

- Folder pek mods boleh dinamakan dengan sebarang nama, tetapi anak folder di dalamnya mestilah mengikut resam penamaan

- Mods mesti mempunyai nama yang selari dengan nod / item / dll. yang mereka takrifkan: folder bagi sebuah mods yang mencipta sebuah nod bernama "modsku:nodku" mestilah dinamakan sebagai "modsku".



Macam mana nak tahu kalau ralatnya mods itu disebabkan oleh ketidakpatuhan resam penamaan:

- Lihat pada terminal / konsol di mana Minetest dilancarkan, jika salah satu baris yang dicetak itu "mod does not follow naming conventions" atau "mods tidak mengikut resam penamaan" atau "مودس تيدق مڠيکوت رسم ڤناماءن", maka pepijatnya di situ.

- Lihat pada fail debug.txt dan tengok sama ada anda menjumpai baris seperti sebelum ini di akhir hujung fail tersebut.

- Jika ia bukan disebabkan oleh resam penamaan, maka anda boleh hantarkan laporan pepijat ke bebenang mods berkaitan.



Macam mana nak tahu nama apa patut diberikan untuk sesebuah folder:

- Lihat pada topik di mana anda memuat turun mods tersebut; nama mods tersebut sepatutnya ada dinyatakan dalam kurungan bersegi pada tajuk topiknya (contohnya, [modsku]). Lebih-lebih lagi, anda juga boleh kenal sama ada ianya pek mods atau mods individu: mods patut ada tanda [Mod] dalam tajuk forumnya, manakala pek mods patut ada tanda [modpack]

- Jika itu tidak cukup, lihat pada folder mods / pek mods tersebut: jika ia mempunyai fail "modpack.txt", maka ianya pek mods, dan anda tidak perlu menukar namanya; jika tidak maka ia akan ada fail bernama "init.lua". Anda boleh membuka fail tersebut untuk mencari nama mods tersebut dengan melihat pada nama yang digunakan dalam fungsi-fungsi seperti pendaftaran nod (register_node), pendaftaran item pertukangan (register_craftitem), dll..



Malahan, pencipta mods dan para pengguna tidak patut menggunakan aturcara biasa seperti Notepad atau Wordpad, sebaliknya mereka patut menggunakan aturcara yang khusus untuk menyunting kod, apabila mencipta sesebuah mods, atay mengubahsuai sesuatu yang mereka muat turun.


‮‏بهاس ملايو جاوي‎

اين اداله ترجمهن بهاس ملايو باݢي توڤيک اصل دسيني.

‮eroN (ڤنوليس ڤوس اين) تله مليهت باڽق "لاڤورن ڤڤيجت" نرکاءيتن مودس يڠ تيدق برفوڠسي اکيبت کتيدقڤاتوهن رسم ڤناماءن⹁ جادي دي اکن منجلسکنڽ اچارا ريڠکس دسيني:

-‮ ‮فولدر ڤيک مودس بوليه دنامکن دڠن سباراڠ نام⹁ تتاڤي انق فولدر ددالمڽ مستيله مڠيکوت رسم ڤناماءن

- ‮مودس مستي ممڤوڽاءي نام يڠ سلاري دڠن نود / ايتم / دان لاءين٢ يڠ مريک تعريدکن: فولدر باݢي سبواه نود برنام "ukdon:uksdom" مستيله دنامکن سباݢي "uksdom".



‮ماچم مان نق تاهو کالو رالتڽ مودس ايت دسببکن اوليه کتيدقڤاتوهن رسم ڤناماءن:

-‮ ليهت ڤد ترمينل / کونسول دمان tseteniM دلنچرکن⹁ جيک ساله ساتو باريس يڠ دچيتق ايت "snoitnevnoc gniman wollof ton seod dom" اتاو "naamanep maser tukignem kadit sdom" اتاو "مودس تيدق مڠيکوت رسم ڤناماءن"⹁ ماک ڤڤيجتڽ دسيتو.

-‮‮ ليهت ڤد فايل txt.gubed دان تيڠوق سام اد اندا منجومڤاءي باريس سڤرتي سبلوم اين داخير هوجوڠ فايل ترسبوت.

-‮‮ جيک اي بوکن دسببکن اوليه رسم ڤناماءن⹁ ماک اندا بوليه هنترکن لاڤورن ڤڤيجت کببنڠ مودس برکاءيتن.



‮ماچم مان نق تاهو نام اڤ ڤاتوت دبريکن اونتوق سسبواه فولدر:

-‮‮‮ ليهت ڤد توڤيک دمان اندا مموات تورون مودس ترسبوت⁏ نام مودس ترسبوت سڤاتوتڽ اد دڽاتکن دالم کوروڠن برسݢي ڤد تاجوق توڤيکڽ (چونتوهڽ⹁‮ [uksdom]‮). لبيه٢ لاݢي⹁ اندا جوݢ
‮بوليه کنل سام اد اياڽ ڤيک مودس اتاو مودس اينديۏيدو: مودس ڤاتوت اد تندا [doM] دالم تاجوق فورومڽ⹁ ماناکالا ڤيک مودس ڤاتوت اد تندا [kcapdom]

‮-‮ جيک ايت تيدق چوکوڤ⹁ ليهت ڤد فولدر مودس / ڤيک مودس ترسبوت: جيک اي ممڤوڽاءي فايل "txt.kcapdom", ماک ايڽ ڤيک مودس⹁ دان اندا تيدق ڤرلو منوکر نامڽ⁏ جيک تيدق ماک اي اکن اد فايل برنام "aul.tini". اندا بوليه ممبوک فايل ترسبوت اونتوق منچاري نام مودس ترسبوت دڠن مليهت ڤد نام يڠ دݢوناکن دالم فوڠسي٢ سڤرتي ڤندفترن نود (edon_retsiger)⹁ ڤندفترن ايتم ڤرتوکڠن (metitfarc_retsiger)⹁ دان لاءين٢...



‮مالهن⹁ ڤنچيڤت مودس دان ڤارا ڤڠݢونا تيدق ڤاتوت مڠݢوناکن اتورچارا بياسا سڤرتي dapetoN اتاو dapdroW, سباليقڽ مريک ڤاتوت مڠݢوناکن اتورچارا يڠ خوسوس اونتوق مڽونتيڠ کود⹁ اڤابيلا منچيڤت سسبواه مودس⹁ اتاو مڠوبهسواي سسواتو يڠ مريک موات تورون.
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Bantu kami mengkaji semula dan mencantum PR | ‮بنتو کامي مڠکاجي سمولا دان منچنتوم RP

by muhdnurhidayat » Post

This is the Malay translation in both Latin script (Rumi) and Arabic script (Jawi) for the original topic here.


Bahasa Melayu Rumi

Ini adalah terjemahan bahasa Melayu bagi topik asal di sini.

Nota: PR ialah singkatan kepada "Pull Request" (Permintaan Tarikan), iaitu permintaan yang dihantar kepada pihak pembangun untuk menarik masuk fungsi-fungsi daripada suatu repositori percabangan (fork) yang dimiliki oleh peminta kepada repositori utama pembangun agar ia menjadi sebahagian daripada fungsi dalam aturcara utama.

Mengkaji semula PR mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan dengan betul, dan para pembangun hanya mempunyai jumlah masa yang tertentu untuk menyumbang kepada tugasan berkaitan enjin.

Bantu kami cantumkan PR yang anda suka dengan cara berikut, disusun mengikut tahap kesukaran:
  1. Tunjukkan persetujuan anda menggunakan reaksi pada pos pertama di isu Github yang berkaitan
     
  2. Hantarkan komen yang membina dan cuba untuk meyakinkan orang lain mengenai kegunaannya jika perlu, menggunakan bahasa Inggeris.
    Jangan setakat hantar komen "+1" atau "looks good!" (nampak bagus!) kerana ianya menjengkelkan dan tidak membina.
     
  3. Menyatakan semula PR di saluran IRC #minetest-dev untuk minta para pembangun mengkajinya semula (jangan pula ping sesiapa kerana perbuatan itu amat kurang ajar!)
     
  4. Cuba untuk cari pepijat. Lakukannya dengan tahap kepekaan yang sangat tinggi, dan nyatakan juga bagaimana cara anda mencubanya.
    Kami lebih mempercayai percubaan anda sekiranya anda menyatakan apa yang anda telah lakukan dan sekiranya anda menjumpai isu-isu secara konsisten dalam benda yang anda cuba

    Dan juga, lihat pada isu yang ada label ini: Image
     
  5. Mengkaji semula PR untuk mencari isu-isu. Sesiapa sahaja boleh menggunakan ciri kaji semula (review) untuk menunjukkan secara khusus sebarang isu yang dijumpai.
    Tunjuk isu-isu sebelum pembangun kaji akan menjimatkan masa pembangun untuk mengkaji semula PR tersebut dengan lebih produktif.
    Jangan setakat bersetuju dengan PR kerana kami akan anggap anda bersetuju hanya kerana anda sukakan konsep tersebut.
    Gunakan reaksi emoji untuk menunjukkan persetujuan anda. Hanya gunakan ciri kaji semula apabila anda sendiri telah memeriksa kod berkaitan.
    Pastikan anda nyatakan sama ada anda sudah mencubanya atau belum (dan bagaimana cara anda mencubanya) dan nyatakan juga sedalam manakah perincian kaji semula kod yang anda lakukan.
     
  6. Culik seorang pembangun (nota: mungkin langgar undang-undang).
Nombor 4 dan 5 sangat kritikal. Saya (rubenwardy) jarang nampak percubaan atau pengkajian semula dilakukan oleh mereka yang bukan di kalangan pembangun.
Sebelum saya menjadi pembangun, saya telah pun mengkaji semula PR selama dua tahun.

Sementara itu, kami telah berkembang sedikit dengan Lua Unit Tests (Cubaan Unit Lua) dan code clean ups (pembersihan kod) yang sepatutnya membantu proses pengkajian semula PR dan seterusnya mengelakkan regresi. Harapnya kami akan mampu sampai ke tahap di mana banyak isu-isu penting dapat dikenalpasti melalui percubaan, namun ini akan menjadi sukar

Berminat dengan cara Minetest dibangunkan? Lihatlah pada bebenang Developer Road Maps and Worklists (Hala Tuju dan Senarai Tugas Pembangun, bahasa Inggeris), senarai perkara untuk dilaksanakan di wiki pembangun (bahasa Inggeris), dan pertimbangkan juga untuk melihat repositori enjin dari semasa ke semasa.


‮‏بهاس ملايو جاوي‎

اين اداله ترجمهن بهاس ملايو باݢي توڤيک اصل دسيني.

نوت: RP اياله سيڠکتن کڤد "tseuqeR lluP" (ڤرمينتاءن تاريقن)⹁ ايايتو ڤرمينتاءن يڠ دهنتر کڤد ڤيهق ڤمباڠون اونتوق مناريق ماسوق فوڠسي٢ درڤد سواتو ريڤوسيتوري ڤرچابڠن (krof) يڠ دميليقي اوليه ڤمينت کڤد ريڤوسيتوري اوتام ڤمباڠون اݢر اي منجاد سبهاݢين درڤد فوڠسي دالم اتورچارا اوتام.

‮مڠکاجي سمولا RP مڠمبيل ماس يڠ اݢق لام اونتوق دلقسانکن دڠن بتول⹁ دان ڤار ڤمباڠون هاڽ ممڤوڽاءي جومله ماس يڠ ترتنتو اونتوق مڽومبڠ کڤد توݢسن برکاءيتن اينجين.

‮بنتو کامي چنتومکن RP يڠ اندا سوک دڠن چار بريکوت⹁ دسوسون مڠيکوت تاهڤ کسوکرن:
  1. تونجوقکن ڤرستوجوان اندا مڠݢوناکن رياکسي ڤد ڤوس ڤرتام دايسو buhtiG يڠ نرکاءيتن
     
  2. هنترکن کومين يڠ ممبينا دان چوب اونتوق مياکينکن اورڠ لاءين مڠناءي کݢوناءنڽ جيک ڤرلو⹁ مڠݢوناکن بهاس ايڠݢريس.
    ‮جاڠن ستاکت هنتر کومين "1+" اتو "!doog skool" (نمڤق باݢوس!) کران ايڽ منجيڠکيلکن دان تيدق ممبينا.
     
  3. مڽاتکن سمولا RP دسالورن CRI برنام ved-tsetenim# اونتوق مينت ڤار ڤمباڠون مڠکاجيڽ سمولا (جاڠن ڤولا ڤيڠ سسياڤ کران ڤربواتن ايت امت کورڠ اجر!)
     
  4. چون اونتوق چاري ڤڤيجت. لاکوکنڽ دڠن تاهڤ کڤيکاءن يڠ ساڠت تيڠݢي⹁ دان ڽاتکن جوݢ باݢيمان چار اندا منچوباڽ.
    ‮کامي لبيه ممڤرچاياءي ڤرچوباءن اندا سکيراڽ اندا مڽاتکن اڤ يڠ اندا تله لاکوکن دان سکيراڽ اندا منجومڤاءي ايسو٢ سچار کونسيستن دالم بندا يڠ اندا چوب

    ‮دان جوݢ⹁ ليهت ڤد ايسو يڠ اد لابل اين: Image
     
  5. مڠکاجي سمولا RP اونتوق منچاري ايسو٢. سسياڤ سهاج بوليه مڠݢوناکن چيري کاجي سمولا (weiver) اونتوق منونجوقکن سچار خوسوس سبارڠ ايسو يڠ دجومڤاءي.
    ‮تونجوق ايسو٢ سبلوم ڤمباڠون کاجي اکن منجيمتکن ماس ڤمباڠون اونتوق مڠکاجي سمولا RP ترسبوت دڠن لبيه ڤرودوکتيف.
    جاڠن ستاکت برستوجو دڠن RP کران کامي اکن اڠݢڤ اندا برستوجو هاڽ کران اندا سوکاکن کونسيڤ ترسبوت.
    ݢوناکن رياکسي ايموجي اونتوق منونجوقکن ڤرستوجوان اندا. ‮هاڽ ݢوناکن چيري کاجي سمولا اڤبيلا اندا سنديري تله ممريقسا کود برکاءيتن.
    ‮ڤستيکن اندا ڽاتکن سام اد اندا سوده منچوباڽ اتو بلوم (دان باݢيمان چار اندا منچوباڽ) دان ڽاتکن جوݢ سدالم مانکه ڤرينچين کاجي سمولا کود يڠ اندا لاکوکن.
     
  6. چوليق سأورڠ ڤمباڠون (نوت: موڠکين لڠݢر اوندڠ٢).
‮نومبور 4 دان 5 ساڠت کريتيکل. ساي (ydrawnebur) جارڠ نمڤق ڤرچوباءن اتو ڤڠکاجين دلاکوکن اوليه مريک يڠ بوکن دکالڠن ڤمباڠون.
‮سبلوم ساي منجادي ڤمباڠون⹁ ساي تله ڤون مڠکاجي سمولا RP سلام دوا تاهون.

‮سمنتار ايت⹁ کامي تله برکمبڠ سديکيت دڠن Lua Unit Tests (چوباءن يونيت auL) دان code clean ups (ڤمبرسيهن کود) يڠ سڤاتوتڽ ممبنتو ڤروسيس ڤڠکاجين سمولا RP دان ستروسڽ مڠيلقکن ريݢريسي. هارڤڽ کامي اکن ممڤو سمڤي کتاهڤ دمان باڽق ايسو٢ ڤنتيڠ داڤت دکنلڤستي ملالوءي ڤرچوباءن⹁ نامون اين اکن منجادي سوکر

‮برمينت دڠن چار tseteniM دباڠونکن؟ ليهتله ڤد ببنڠ Developer Road Maps and Worklists (هال توجو دان سناري توݢس ڤمباڠون⹁ بهاس ايڠݢريس)⹁ ‮سناري ڤرکار اونتوق دلقسناکن دويکي ڤمباڠون (بهاس ايڠݢريس)⹁ دان ڤرتيمبڠکن جوݢ اونتوق مليهت ريڤوسيتوري اينجين در سماس کاماس.
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

Post Reply

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest