[Debian / Ubuntu] Skrip 1-baris: pasang Minetest melalui Git

Malay
User avatar
muhdnurhidayat
Member
 
Posts: 292
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
GitHub: MuhdNurHidayat
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat

[Debian / Ubuntu] Skrip 1-baris: pasang Minetest melalui Git

by muhdnurhidayat » Tue May 30, 2017 15:42

Ini adalah terjemahan bahasa Melayu bagi topik asal di sini dan dipautkan kepada Wiki Minetest versi bahasa Melayu.

Ini adalah skrip 1-baris yang akan memuat turun dan mengkompil Minetest beserta minetest_game.

Tampalkan kod ini di dalam terminal, masukkan kata laluan apabila diperlukan – menganggap anda gunakan sudo untuk menggunakan perintah pentadbir (iaitu situasi lalai dalam Ubuntu/Mint), kata laluan hanya diperlukan sekali sahaja:

Jika anda tidak tahu yang mana anda perlu guna, gunakan versi mudah alih: versi mudah alih dicipta untuk diletakkan dalam pemacu USB atau yang serupa agar boleh bermain dekat beberapa PC dengan hanya satu pemasangan.

NOTA: Skrip ini mungkin tidak berkesan secara terus dekat Ubuntu 16.10 dan 17.04. Anda mungkin perlu menggantikan libpng dan libjpeg dengan versi yang lebih baru, yang mempunyai nama pakej berbeza. Pertimbangkan Minetest AppImage (bahasa Inggeris) sebagai cara lebih ringkas untuk menjalankan versi Minetest terbaru, yang tidak perlukan sebarang hak akar.

Untuk pemasangan tidak mudah alih (meletakkan data pengguna dalam ~/.minetest):
Code: Select all
sudo apt-get install -y git build-essential libirrlicht-dev libgettextpo0 libfreetype6-dev cmake libbz2-dev libpng12-dev libjpeg8-dev libxxf86vm-dev libgl1-mesa-dev libsqlite3-dev libogg-dev libvorbis-dev libopenal-dev libcurl4-openssl-dev libluajit-5.1-dev liblua5.1-0-dev libleveldb-dev; cd; git clone https://github.com/minetest/minetest.git; cd minetest/games; git clone https://github.com/minetest/minetest_game.git; cd ..; cmake . -DENABLE_GETTEXT=1 -DENABLE_FREETYPE=1 -DENABLE_LEVELDB=1; make -j$(nproc); sudo make install; minetest; echo -e "\n\n\e[1;33mAnda boleh jalankan Minetest lagi dengan menaip \"minetest\" dalam terminal atau memilihnya dalam menu aplikasi.\nAnda juga boleh memasang mods dalam direktori ~/.minetest/mods.\e[0m"


Untuk pemasangan mudah alih (meletakkan data pengguna dalam direktori data atur cara):
Code: Select all
sudo apt-get install -y git build-essential libirrlicht-dev libgettextpo0 libfreetype6-dev cmake libbz2-dev libpng12-dev libjpeg8-dev libxxf86vm-dev libgl1-mesa-dev libsqlite3-dev libogg-dev libvorbis-dev libopenal-dev libcurl4-openssl-dev libluajit-5.1-dev liblua5.1-0-dev libleveldb-dev; cd; git clone https://github.com/minetest/minetest.git; cd minetest/games; git clone https://github.com/minetest/minetest_game.git; cd ..; cmake . -DRUN_IN_PLACE=1 -DENABLE_GETTEXT=1 -DENABLE_FREETYPE=1 -DENABLE_LEVELDB=1; make -j$(nproc); cd ../bin; ./minetest; echo -e "\n\n\e[1;33mAnda boleh jalankan Minetest lagi dengan mengklik \"minetest\" dua kali di dalam folder \"bin\" dalam folder \"minetest\" dekat folder rerumah anda.\nAnda juga boleh memasang mods dalam direktori ~/minetest/mods.\e[0m"


Anda boleh mengemaskini pemasangan Minetest sedia ada (tak kira mudah alih ataupun tidak) dengan menaip kod berikut selepas membuka terminal, asalkan anda tidak memindahkan direktori sebelum ini:
Code: Select all
cd minetest; git pull; make -j$(nproc)


Kod tersebut akan menjalankan Minetest secara automatik apabila selesai dan memberitahu anda bahawa penduaan Minetest boleh dijumpai dalam ~/minetest/bin.
[ Full signature ] - UTC+8 here, contributing to Minetest Wiki. I'm muhdnurhidayat in IFS (mod), HOMETOWN & others. / Twitter / MT Offtopic ✂️- - - - - -

You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD
 

Return to Bahasa Melayu



Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest