[Server] Jom Main Minetest!!

Malay
Post Reply
muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

[Server] Jom Main Minetest!!

by muhdnurhidayat » Post

Untuk pengetahuan anda, saya sedang cuba untuk membuat pelayan (server) berbahasa Melayu. Mods yang ada akan diterjemah secara sedikit demi sedikit.

Memandangkan server ini dihoskan dekat pelayan peribadi maya (VPS) yang murah (RM5 sebulan) menggunakan sistem pengoperasian Debian 8, ia mungkin akan mengalami kelewatan (lag) tetapi tidaklah teruk sangat.

Ia akan ada dalam talian apabila saya membuat kerja dekat pelayan dan akan ditutup (shutdown) bila saya tak ada, kerana saya ingin memelihara lebar jalur (bandwidth) dan mungkin akan naik taraf kemudian.

Server ini tidak ada dalam senarai rasmi (servers.minetest.net) kerana ia bukan untuk semua orang sebaliknya untuk mereka yang membaca forum bahasa Melayu sahaja. Semua pemain yang faham bahasa Melayu boleh sambung apabila ianya berada dalam talian.

Simpan alamat dan port berikut ke dalam senarai kegemaran anda:
Alamat IP: sv.mnh48.com
Port: 30000

Mods yang ada sekarang masih belum diterjemah, mods yang dipasang:
- (Pek Mods) Keretapi Lanjutan / Advanced Trains (advtrains)
- (Pek Mods) Mesecons (mesecons)
- (Pek Mods) Dekorasi Rumah / Homedecor (homedecor_modpack)
- Pelindungan Buat Semula / Protector Redo (protector)
- Kawasan / Areas (areas)

----
Server ke-2 sedang dibina dan akan boleh diakses pada waktu tertentu. Pelayan ini menggunakan infrastruktur Google Virtual Private Compute dan ianya bertujuan untuk menguji kegunaan CPU dalam keadaan Minetest yang kacau bilau. Ia terbuka kepada semua.
Nama: KACAU BILAU / CHAOS TEST
Alamat IP: sv.mnh48.com
Port: 30001
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Re: [Server] Jom Main Minetest!!

by muhdnurhidayat » Post

Untuk sesiapa yang belum tahu, pek mods Homedecor dan Unified Dye telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan versi terbaru ini ada di dalam server Minetest ini! :D Selain itu, server ini telah dikemaskini kepada versi stabil terbaru Minetest.

Saya sedang berusaha untuk menterjemah lebih banyak mods, dan cuba untuk menambah fungsi terjemahan ke dalam mods yang tidak menyokong terjemahan. Kebanyakan mods akan dicuba di server ini untuk melihat terjemahannya sesuai atau tidak dan kemudiannya dikeluarkan daripada server. Namun begitu, beberapa mods seperti pek mods Homedecor akan kekal dalam server ini jadi jangan risau dengan hiasan dalam rumah anda.

Kalau tak boleh log masuk, boleh beritahu saya melalui mesej peribadi forum Minetest. Untuk pemain baru, saya yang akan buatkan akaun untuk anda. Sebab saya kawal pemain, jadi selalunya akan naik ralat "kata laluan tidak sah" atau "invalid password" kalau cuba untuk masuk buat kali pertama, sila mesej kepada saya dahulu sebelum main untuk kali pertama. :)
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Re: [Server] Jom Main Minetest!!

by muhdnurhidayat » Post

Setelah beberapa kali mencuba benih peta yang berbeza, saya buat keputusan untuk gunakan peta ini dan saya telah mula membina kawasan kelahiran (spawn) untuk server ini.
Image
(Mods areas tidak menyokong terjemahan lagi tetapi saya telah minta penambahan fungsi terjemahan di forumnya)

Saya akan mula membina lebih banyak bangunan dan buka kepada semua orang selepas ini.

Selain itu, semua mods telah dikemaskini ke versi terbaru dan beberapa mods kini mempunyai terjemahan bahasa Melayu.
Attachments
screenshot_20180205_135544.png
Kawasan Kelahiran
(555.39 KiB) Not downloaded yet
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

Gundul
Member
Posts: 988
Joined: Thu Aug 27, 2015 10:55
GitHub: berengma
IRC: Gundul
Location: Europe/Asia

Re: [Server] Jom Main Minetest!!

by Gundul » Post

tidak lebih baik kalau server kamu pakai Minetest V 0.4.16 ?

Sekarang saya melihat pakai V0.4.17-dev. Seperti ini susah untuk orang yang
belum tahu banyak tentang git, compiling, etc. Apa lagi orang yang mau masuk
melalui hp.
My servers: Jungle, Lilly in the valley, 3xile

muhdnurhidayat
Member
Posts: 302
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
GitHub: mnh48
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat
Location: Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Re: [Server] Jom Main Minetest!!

by muhdnurhidayat » Post

jangan risau, server Minetest 0.4.17-dev boleh diakses daripada mana-mana klien Minetest selepas versi 0.4.14, jadi mereka yang pakai Minetest v0.4.16 juga boleh sertai server 0.4.17-dev seperti mana mereka sertai server 0.4.16...

server yang akan uruskan soal sambungan klien dan menghantar mods yang digunakan kepada klien ketika mula-mula klien cuba untuk sambung...

Yang tak boleh diakses ialah server yang pakai Minetest 0.5.0-dev, sebab versi yang itu pakai protokol baru dan banyak benda lain yang berbeza dengan siri 0.4.xx.

nota kaki: adik saya (xXHakimXx) masuk server ni pakai handphone android dia jer, pakai aplikasi rasmi Minetest 0.4.16 dari Google Playstore, pakai internet rumah 1Mbps kongsi satu keluarga pun dia boleh main...
[ Full signature ] - UTC+8 here, I'm muhdnurhidayat in most Minetest servers. / Twitter ✂️- - - - -

Contributes to Minetest Wiki.
Also uses MT Offtopic forum.
You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD

Gundul
Member
Posts: 988
Joined: Thu Aug 27, 2015 10:55
GitHub: berengma
IRC: Gundul
Location: Europe/Asia

Re: [Server] Jom Main Minetest!!

by Gundul » Post

Sry benarlah itu. Saya yang salah. Tak tahu kenapa, yang lengket di dalam kapala saya V.0.5 dev yang pakai protokol baru. Jadi yang saya mencoba kemarin client yang lama tidak bisa connect sama sekali ke server 0.5.

tdk sengaja :)
My servers: Jungle, Lilly in the valley, 3xile

Post Reply

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest