Peraturan & syarat-syarat forum, serta nota tentang "spam"

Malay
User avatar
muhdnurhidayat
Member
 
Posts: 295
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
GitHub: MuhdNurHidayat
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat

Peraturan & syarat-syarat forum, serta nota tentang "spam"

by muhdnurhidayat » Sun May 28, 2017 01:40

Peraturan dan syarat-syarat forum
  • Dengan mendaftar dalam forum ini, anda bersetuju untuk membuat tindakan yang sewajarnya (seperti dalam mana-mana forum lain; cth. jangan mengepos kandungan yang melanggar undang-undang (mengikut undang-undang Finland) atau pornografi, jangan mengulang pos yang sama (flooding), jangan menulis pos yang tiada sebarang fungsi kepada topik berkaitan (spamming), jangan sebarkan sebarang virus dan lain-lain yang serupa) dan mengetahui dengan jelas bahawa moderator boleh menyekat profil anda atas perlanggaran peraturan atau atas sebab-sebab lain yang munasabah.
  • Anda akan dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang pos yang anda tulis, dan pengguna lain bertanggungjawab terhadap pos yang mereka tulis, bukannya di bawah tanggungjawab penyelia forum ini.
  • Penukaran hos: Anda juga bersetuju bahawa forum ini boleh dipindahkan kepada hos yang berbeza dan negara yang berbeza (mungkin diperlukan sekiranya jumlah trafik menjadi terlampau tinggi), termasuklah data akaun pengguna.
  • Bahasa dalam forum ini adalah bahasa Inggeris, kecuali dalam bahagian bahasa-bahasa lain (other languages) seperti forum bahasa Melayu yang anda berada sekarang.
  • Keluar topik: Walaupun bahagian keluar topik (Offtopic) tidak perlu mempunyai kaitan dengan Minetest, ia masih perlu dikekalkan dengan piawaian bersih yang sesuai dengan bahagian-bahagian lain dalam forum ini. Ini bermakna sebarang pengeposan sampah (dalam "Offtopic", atau mana-mana saja dalam forum ini) akan dibuang tanpa amaran, dan penulisnya disekat daripada menggunakan forum ini.
  • Jangan padam kandungan: Berkaitan pos pertama yang memberi keterangan untuk penerbitan pek tekstur, mods, subpermainan, atau sebarang sumber tambahan lain, sekiranya tiba suatu hari di mana pengguna tersebut ingin berhenti menyokong perisiannya, pengguna tersebut boleh berhenti, tetapi pengguna tersebut tidak boleh memadam maklumat pos tersebut kerana ia membuatkan pengguna lain tidak dapat mencari pengganti, dan memberi lebih banyak kerja kepada moderator Forum. Perbuatan memadam maklumat tersebut boleh membuatkan pengguna tersebut disekat daripada menggunakan Forum ini.
  • Penggodaman/Penipuan: Tidak dibenarkan mengiklankan, mempautkan, atau dengan cara lain mengarahkan pengguna forum kepada sebarang alatan "godaman" atau "penipuan", tanpa mengira tujuan asal mereka. Ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada skrip, bot, klien Minetest diubahsuai, mods CSM, aturcara pihak ketiga, dll. Perbuatan tersebut akan mengakibatkan sekatan tetap, secara serta merta, dan akan memadamkan kesemua pos pengguna tersebut.
  • Jangan buat serangan peribadi: Ahli-ahli forum ini tidak patut dihina atau diserang dalam cara lain hanya kerana siapa atau apa mereka buat. Jika anda ingin mengkritik seseorang atas tindakan mereka, ia mestilah berhujah. Sila ingat ini forum permainan. Anda mestilah sopan apabila boleh dan tinggalkan pandangan politik atau yang tidak berkaitan yang lain di tempat lain jika ianya boleh dibuktikan mengganggu.
  • Keputusan moderator adalah muktamad: Ahli-ahli forum sepatutnya menerima permintaan moderator. Keputusan moderator adalah muktamad sekiranya berlaku ketidaksetujuan. Anda boleh disekat sekiranya mengingkari arahan yang diberikan oleh moderator kepada anda.
  • Lesen yang dibenarkan: Kegunaan lesen yang tidak membenarkan terbitan olahan (derivatif) atau terbitan semula tidak boleh digunakan untuk mods, permainan, dan pek tekstur. Ini termasuklah CC-ND (No-Derivatives) dan kebanyakan lesen tidak-bebas lain. Kegunaa lesen-lesen yang mendiskriminasi kumpulan manusia atau mengharamkan kegunaan kandungan atas pelayan atau permainan tunggal juga tidak dibenarkan. Ini juga terpakai di mana saja kandungan tersebut boleh dijumpai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang forum atau tanda tangan.
  • Syarat-syarat ini boleh berubah pada masa depan tanpa sebarang notis.

Kandungan di atas adalah terjemahan bahasa Melayu, kandungan asal dalam bahasa Inggeris yang terdapat di sini telah ditandatangani oleh beberapa orang admin/moderator, dan perlu dianggap sebagai peraturan rasmi untuk forum ini.

+ "Pos Asal"


Nota tentang "spam"
Istilah "spam" atau "spamming" digunakan untuk perbuatan menulis pos yang tiada sebarang fungsi kepada topik berkaitan dan kadang-kala turut merangkumi mengulang semula pos yang sama walaupun perbuatan tersebut mempunyai istilahnya sendiri iaitu "flooding". Anda perlu mengelak daripada menulis "spam", namun anda tidak patut membalas kepada "spam" yang ditulis oleh pengguna lain.

Berikut adalah petikan tentang "spam" daripada pos asal bahasa Inggeris:
celeron55 wrote:Please don't answer to spam, but rather just report it. An admin can easily remove a spamming user and all his posts, but he cannot automatically remove replies to said posts and your replies to removed posts will look silly.


Petikan dalam bahasa Inggeris tersebut diambil daripada sini dan berikut adalah terjemahan bahasa Melayu:
Malay translation of the quote earlier wrote:Tolong jangan menjawab atau membalas pos "spam", sebaliknya laporkan pos tersebut (menggunakan butang segi tiga bertanda seru). Seorang pentadbir forum boleh membuang pengguna "spam" dan kesemua pos yang dia tulis dengan mudah secara automatiknya, tetapi dia tidak boleh membuang sebarang pos yang membalas pos "spam" tersebut dan ini menyebabkan pos yang anda balas kepada pos yang telah dipadam kelihatan bodoh.


Berikut adalah kedudukan butang lapor di sebelah butang petik.
Image
Gunakan butang lapor untuk melaporkan pos "spam" kepada pihak moderator atau pentadbir.
Attachments
sketch-1496062610003.png
Kedudukan butang lapor
(203.3 KiB) Not downloaded yet
Last edited by muhdnurhidayat on Thu Jan 10, 2019 12:15, edited 1 time in total.
[ Full signature ] - UTC+8 here, contributing to Minetest Wiki. I'm muhdnurhidayat in IFS (mod), HOMETOWN & others. / Twitter / MT Offtopic ✂️- - - - - -

You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD
 

User avatar
muhdnurhidayat
Member
 
Posts: 295
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
GitHub: MuhdNurHidayat
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat

Re: Peraturan dan syarat-syarat forum, serta nota tentang "s

by muhdnurhidayat » Fri Oct 06, 2017 13:25

Penjelasan tambahan oleh pentadbir forum, celeron55.

Terdapat perlakuan dalam forum yang memerlukan penambahan kepada peraturan umum. Oleh itu, di sini dinyatakan beberapa perkara penting tambahan beserta penjelasannya:

* Ahli-ahli forum ini tidak patut dihina atau diserang berdasarkan siapa atau apa diri mereka. Jika anda ingin mengkritik seseorang kerana perbuatan mereka, ia mestilah kritikan yang membina. Sila ingat bahawa ini forum permainan. Anda mestilah sopan dan tinggalkan pendapat politik dan pendapat tidak berkaitan yang lain di tempat lain sekiranya ia dibuktikan menimbulkan gangguan.

* Ahli-ahli forum diingatkan untuk akur kepada permintaan daripada para moderator. Keputusan para moderator adalah muktamad apabila berlakunya percanggahan. Anda boleh diharamkan masuk ke forum sekiranya mengingkari arahan yang diberikan oleh moderator kepada anda.

Teks bahasa Melayu ini diterjemah daripada balas pentadbir forum di aliran peraturan dan syarat-syarat forum bahasa Inggeris.
[ Full signature ] - UTC+8 here, contributing to Minetest Wiki. I'm muhdnurhidayat in IFS (mod), HOMETOWN & others. / Twitter / MT Offtopic ✂️- - - - - -

You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD
 

User avatar
NetYard5
Member
 
Posts: 52
Joined: Fri Aug 24, 2018 20:28
GitHub: FI3Mate
IRC: AlloyMixedSteel
In-game: InfinityYards UltraNexo

Re: Peraturan dan syarat-syarat forum, serta nota tentang "s

by NetYard5 » Fri Sep 14, 2018 18:30

Macam mana saya nak post image ke suatu topik? boleh sapa2 tolong tak
 

User avatar
muhdnurhidayat
Member
 
Posts: 295
Joined: Wed Nov 16, 2016 22:55
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
GitHub: MuhdNurHidayat
IRC: muhdnurhidayat
In-game: muhdnurhidayat

Re: Peraturan dan syarat-syarat forum, serta nota tentang "s

by muhdnurhidayat » Thu Jan 10, 2019 11:43

Buat topik baru dalam forum BM (https://forum.minetest.net/viewforum.php?f=57)
Nanti saya terangkan caranya.
[ Full signature ] - UTC+8 here, contributing to Minetest Wiki. I'm muhdnurhidayat in IFS (mod), HOMETOWN & others. / Twitter / MT Offtopic ✂️- - - - - -

You just read my profile, right?
Because these few texts of signature only appear on profile page as the texts are cut in signature. xD
 


Return to Bahasa Melayu



Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests